Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, 20150114 140959 jpg,
|

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 – Kembara Bandar Tokyo

This is part two of a 6 part journey. If you haven’t checked out the first part yet, here’s the link:
Pelancongan Muslim Ke Bumi Tokyo (Part 1) – Masjid Camii

Shibuya
Hari pertama kami banyak diluangkan di kawasan-kawasan wajib lawatan pelancong. Bak kata pemandu pelancong kami, “you haven’t been to Tokyo if you have not been to these places” dalam erti kata lain, jika tidak ke tempat-tempat penting ini, kita dikira belum betul-betul mengenali Tokyo. Maklumlah monument-monumen dan kawasan-kawasan ini sudah menjadi identiti Tokyo itu sendiri.

Anda tentu pernah mendengar tentang Persimpangan Shibuya atau Shibuya Crossing? Saya sendiri selalu mendengarnya tapi tak pernah tahu apa maksudnya. Kalau diikutkan, laluan lintasan zebra terlalu biasa. Jadi, kenapa Shibuya Crossing ini sangat istimewa sehingga menjadi salah satu ikon Tokyo? Apabila berada sendiri di situ barulah saya memahami erti kata sebenar Persimpangan Shibuya. Cuba anda bayangkan berada di tengah-tengah bandar di satu persimpangan yang luas dan semua kenderaan berhenti untuk memberi laluan bagi pejalan kaki melintas serentak. Bunyinya kedengaran biasa, tapi persimpangan Shibuya mempunyai beberapa lintasan zebra dari pelbagai arah dan semua orang akan melaluinya dalam masa yang sama!

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, 20150114 093357,

Saya sendiri mencuba melalui lintasan zebra di Shibuya dan mendapatkan foto kenangan di tengah-tengah lautan manusia. Kalau anda ada masalah klaustrofobia, saya sarankan anda tidak berhenti untuk mengambil gambar ketika orang ramai melintas. Sebaliknya, cuba ke bangunan atau kedai  terdekat yang boleh berikan anda pandangan dari atas. Dari situ kita boleh melihat pergerakan kereta yang lalu lalang dan diganti dengan orang ramai yang melintas serentak dari pelbagai hala.

Satu lagi tarikan pelancong di Shibuya adalah patung Hachiko, simbol kesetiaan melalui kisah seekor anjing bernama Hachi dari baka Akita yang menunggu tuannya pulang dari kerja di Stesen Shibuya setiap hari. Hachi tetap setia menunggu walaupun setelah kematian tuannya untuk 9 tahun 9 bulan dan 15 hari sehingga hari kematian Hachi. Kini patung gangsa Hachiko menjadi salah satu tanda tempat pertemuan orang ramai dan selalunya sesak kerana ia terletak di salah satu daripada 5 laluan keluar dari stesen kereta api Shibuya.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2149,
Takashimaya Department Store
Bertempat di Shinjuku, Takashimaya Department Store saya sarankan menjadi salah satu tempat persinggahan anda untuk membeli-belah kerana mereka menawarkan kad diskaun khas untuk pelancong. Kad ini boleh didapatkan secara percuma di Kaunter Pulangan Cukai di tingkat 2, anda hanya perlu tunjukkan passport untuk dapatkan kad ini. Dan pengecualian cukai untuk semua barangan di Takashimaya adalah sah untuk cawangan tersebut selama 3 bulan. Satu lagi kemudahan penting bagi  pelanggan Muslim adalah surau khas di tingkat 11. Bilik ini lebih luas dan selesa, berkarpet dan satu penghadang pemisah disediakan untuk lelaki dan wanita. Tanda arah kiblat juga disediakan. Walaupun begitu, sejadah dan telekung tidak disediakan. Tempat berwudhuk yang berpintu disediakan di dalam surau dan tandas awam ada berdekatan di bahagian luar surau. Satu kelebihan surau di Takashimaya adalah, pada satu masa, hanya satu kumpulan dibenarkan masuk untuk bersolat. Dengan cara ini, keselesaan terjamin bagi pengguna bilik solat ini.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2201,

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2203,
Imperial Palace
Antara tempat paling menarik bagi saya adalah kunjungan ke istana maharaja Jepun, Kokyo atau Imperial Palace di kawasan Chiyoda berdekatan stesen kereta api Tokyo. Lokasi istana ini amat mengagumkan kerana ia berada di tengah-tengah bandar yang membangun, dikelilingi bangunan-bangunan yang tinggi tetapi masih mengekalkan konsep tradisional dan elemen hijau melalui taman dan tali air semula jadi.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, 20150114 140640,

Bertapak di atas tanah asal tapak istana pada zaman Edo, kawasan istana ini termasuk taman merangkumi 3.41 meter persegi dan terdiri daripada dinding batu yang besar dan dikelilingi parit yang lebar dan dalam disekitar istana.

Istana Imperial secara amnya ditutup kepada awam kecuali di dua kawasan dan salah satunya adalah Taman Timur. Orang awam hanya dibenarkan masuk ke kawasan  istana pada 2 hari perayaan iaitu hari ulang tahun kelahiran maharaja pada 23 Disember dan pada 2 Januari untuk sambutan hari tahun baru.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, 20150114 140959,

Dari Kokyo Gaien, sebuah plaza luas di hadapan istana, pengunjung boleh melihat Nijubashi – jambatan berkembar yang menghubungkan ke kawasan dalam istana. Jambatan batu di hadapan dipanggil Meganebashi yang berupa seakan-akan kaca mata kerana pantulan bayang di dalam air. Walaupun tidak berpeluang untuk masuk ke dalam istana, kawasan luar istana sudah cukup memberi gambaran betapa cantik dan besar kawasan istana Maharaja Jepun.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2210,

Antara kawasan lain yang dibuka untuk kunjungan awam di ruangan istana adalah Taman Timur. Taman ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan Jumaat. Tapak yang luas dan indah ini selalu menjadi pilihan untuk aktiviti riadah dan piknik orang ramai. Di situ juga tersergam satu patung gangsa Samurai Kusunoki Masashige yang berkhidmat untuk Maharaja Jepun sekitar kurun ke-14. Atas jasa dan kesetiaan beliau, patung ini dibina dan menghadap istana Imperial seolah-olah beliau sedang menjaga keselamatan maharaja dan istana.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2233,
Akihabara
Jika anda peminat komik Jepun atau manga, jangan lepaskan peluang untuk ke Akihabara. Pada asalnya Akihabara atau Akiba lebih dikenali sebagai daerah barangan elektronik dan gajet. Di sinilah tempatnya untuk mendapatkan segala jenis barangan elektronik dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Saya ketika itu masih lagi skeptikal dan tetap dengan tanggapan yang barangan di Jepun semuanya mahal-mahal. Akan tetapi saya memang mengakui sebahagian besar barangan elektronik yang dijual di sini harganya jauh berbeza dan sangat berbaloi untuk dibeli. Bukan sahaja barangan buatan Jepun, malahan jenama-jenama dari negara lain yang terkenal. Saya sememangnya tidak fikir panjang dan terus memborong yang termampu.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2234,

Budaya komik, anime dan figurin sememangnya amat terkenal dalam kalangan golongan muda di Jepun. Oleh itu tidak mengejutkan jika kawasan ini dianggap sebagai tempat ‘hype’ lebih-lebih lagi kerana minat mereka itu bukan sekadar mengambil tempat di hati golongan muda malah juga memenuhi kawasan Akiba. Sebelum ke sana, seorang kenalan telah meminta kiriman dari sebuah kedai komik di Akiba. Saya sangkakan ini pertolongan yang senang, saya hanya perlu ke kedai komik yang dinyatakan dan tunjukkan gambar komik itu. Sangkaan saya tersasar jauh sekali apabila saya sampai ke Akiba. Rupa-rupanya seluruh kawasan ini dipenuhi dengan kedai komik dan setiap satu mempunyai lebih daripada satu cawangan. Lebih mengejutkan lagi, setiap cawangan (yang rata-ratanya besar dan mempunyai lebih daripada satu tingkat) menjual jenis komik berlainan yang dikategorikan mengikut genre atau jenis. Mujur ada pemandu pelancong yang sedia untuk membantu dan berusaha untuk membantu saya mendapatkan komik tersebut.

Pelancongan Muslim Ke Tokyo Pt. 2 - Kembara Bandar Tokyo, TAHAN, DSC2237,

Cadangan saya jika anda ke Akiba, ambil masa sebelum membeli kerana di sana terdapat terlalu banyak pilihan tidak kira barangan elektronik mahupun koleksi anime dan figurin. Satu lagi tips, jangan lupa untuk sentiasa membawa passport anda ketika membeli-belah. Kebanyakan kedai di Tokyo menawarkan harga tanpa cukai untuk pelancong, dan untuk mendapatkan pelepasan cukai, mereka memerlukan passport anda sebagai dokumen pengesahan. Pastikan anda tidak rugi dengan membayar harga penuh

First published on Cuti-Cuti Isu 006, Pelancongan Muslim ke Tokyo, AmLeisure Media

=========================================================================

150 x 150 Author’s Profile: Keanorlinsya (12letterword.blogspot.com)
. Traveller . Food Fanatic . Dreamer .

I not only dream of things, I take the necessary steps to turn it into reality. There are  three things  that I strongly hold close to myself: Family, Friends and Travelling.  I see challenges as a way of  improving myself, not a way to put myself down in any way.

=========================================================================

Similar Posts

  • 马来西亚露营:户外探险综合指南

    马来西亚露营:户外探险综合指南 马来西亚露营简介 在马来西亚露营为您提供了一个独特的机会,让您能够亲近自然,放松身心,重新焕发活力。马来西亚拥有茂密的热带雨林、壮丽的瀑布和丰富的野生动物,是露营爱好者的理想目的地。无论您是经验丰富的露营者还是刚刚入门,马来西亚露营都是与家人和朋友共度时光、享受大自然、创造难忘回忆的绝佳方式。 在马来西亚露营的好处 在马来西亚露营有许多好处,包括: 改善心理健康:置身大自然中已被证明可以减轻压力和焦虑。 增加身体活动:露营通常涉及徒步、游泳和其他体育活动,可以改善整体健康。 与家人朋友共度优质时光:露营为您提供了与亲人共度时光并创造美好回忆的机会。 便利性:马来西亚有众多露营地和公园,适合各年龄段和各种能力的人参与。 文化体验:在马来西亚露营让您有机会体验该国丰富的文化遗产和多样化的景观。 马来西亚露营的类型 马来西亚有几种不同类型的露营,包括: 露营类型 描述 背包露营 一种需要徒步携带所有装备的露营方式。 汽车露营 一种开车到露营地然后搭建营地的露营方式。 豪华露营 一种提供豪华住宿和设施的露营方式。 家庭友好型露营 适合带孩子的家庭的露营方式。 海滩露营 在海滩上或附近露营,通常能欣赏到美丽的海景。 丛林露营 在马来西亚茂密的热带雨林中露营,提供真正的荒野体验。 马来西亚最佳露营地 马来西亚提供了广泛的露营地选择,从豪华露营地到经济实惠的营地。以下是马来西亚一些最佳露营地: 1. 仙答比Tiarasa Escapes 位置:彭亨州仙答比(距吉隆坡45分钟车程) 特点: 豪华露营地,设有非洲风格的帐篷和屋顶别墅 周围热带雨林的优美景色 基本设施包括厕所、淋浴和厨房 活动:观鸟、观星、自然农场、游泳、野餐 2. 乌鲁冷岳河边吊床营地 位置:雪兰莪州乌鲁冷岳 特点: 受欢迎的露营地,设有基本设施和优美景色 河景和游泳、钓鱼的机会 基本设施包括厕所、淋浴和厨房 活动:游泳、钓鱼、徒步、在吊床上放松 3. 柔佛州安达乌鲁国家公园 位置:柔佛州(距吉隆坡3.5小时车程) 特点: 世界上最古老的热带雨林之一 令人惊叹的瀑布和风景优美的丛林小径 丰富的野生动物,包括大象、老虎和猴子 活动:徒步、观察野生动物、在瀑布中游泳、参观原住民村庄 4. 万挠英联邦森林生态公园度假村…

Leave a Reply